Hafizh sedia lakukan kejutan - Utusan Malaysia

Hafizh sedia lakukan kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah berharap penggunaan sayap (winglet) yang dipasang pada jentera Yamaha YZR-M1 dapat membantu­nya mendapatkan rentak terbaik menje­lang perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia yang mem­buka tirai secara rasmi hari ini.

Ini kali pertama pelumba Monster Yamaha Tech3 itu menggunakan sayap pada jenteranya memandangkan rakan sepasukannya, Johann Zarco telah mengujinya lebih awal sebelum ini.

Justeru itu, dengan penggunaan sayap tersebut Hafizh berharap dia mampu melakukan tunggangan terbaik untuk memasuki pusingan kelayakan kedua (Q2) sekali lagi selepas berjaya melakukannya pada GP Australia di Litar Philip Island minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kali pertama saya menggunakan sayap pada jentera dan saya harap penambahan itu akan mampu memberi kebaikan untuk mendapatkan hasil lebih baik seawal sesi latihan pertama. Saya harap mampu melakukan kejutan nanti.

“Saya belum pernah cuba lagi tetapi saya yakin ia dapat membantu jentera lebih stabil supaya tayar depan mencengkam lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sepang semalam.

Dalam pada itu, Hafizh mahu melakar sejarah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memandangkan ia adalah penampilan pertamanya dalam kelas perdana di ta­nah air sendiri.

“Saya akan buat yang terbaik di Malaysia kerana 
litar Sepang merupakan litar bersejarah bagi sukan permotoran di Malaysia.

“Ini kali pertama saya beraksi dalam kelas perdana di tanah air sendiri, jadi ini merupakan cita-cita yang saya inginkan dalam diri saya sebagai pelumba MotoGP sekarang. Saya juga harap minggu ini akan menjadi minggu yang sangat bermakna bagi saya.

“Saya akan mencabar diri saya minggu ini dan harap dapat buat yang terbaik dan saya menyasarkan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik. Saya juga harap kalau hujan mungkin saya perlu belajar secepat mungkin kerana saya tidak ada pengalaman beraksi dalam hujan menggunakan jentera MotoGP,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×