Anwar ucap terima kasih kepada penduduk DUN Linggi - Utusan Malaysia

Anwar ucap terima kasih kepada penduduk DUN Linggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 1 Nov. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi kerana bersama-sama membantu kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Port Dickson itu yang tiba di Kompleks Sukan Pasir Panjang, dekat sini pada pukul 9 malam meluangkan masa kira-kira satu jam bersama hampir 600 penduduk setempat.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut berjanji akan membawa perubahan ke daerah ini dalam masa singkat.

“Ini adalah kali keempat saya ada program di Port Dickson selepas menjadi Ahli Parlimen di sini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PRK lepas terutama penduduk dan jentera parti,” katanya dalam Majlis Makan Malam Bersama Jentera, Persatuan dan penduduk DUN Linggi, sebentar tadi.

Yang turut hadir bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Anwar memenangi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober lalu dengan majoriti 23,506 undi dalam persaingan tujuh penjuru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini