Syarat lebih ketat untuk lesen kitar semula - Utusan Malaysia

Syarat lebih ketat untuk lesen kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 1 Nov. – Pengusaha kilang kitar semula bahan plastik dan sisa pepejal di daerah ini perlu memperoleh lesen tapak terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd. Alwi Yasin berkata, mereka disaran menyelesaikan urusan tapak operasi di Pejabat Tanah dan Galian daerah sebelum melengkapkan proses seterusnya di MDKL.

“Setelah urusan dengan kerajaan negeri selesai, baharulah urusan untuk mendapatkan lesen dengan MDKL boleh diteruskan.

“Antara perkara yang perlu diambil kira adalah kebenaran merancang, pelan infrastruktur, pelan kerja tanah dan landskap serta sistem saliran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Bersama Kontraktor Pelupusan Sisa Pepejal di Kompleks Sukan Daerah Kuala Langat di sini, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, walaupun semua syarat telah dipenuhi, lesen tidak akan diberi dengan mudah iaitu hanya kebenaran beroperasi sementara diberikan kepada pemohon manakala operasi kilang dipantau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu.

Terdahulu, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han melawat tapak pelupusan sisa pepejal dan plastik berpusat di Jenjarum di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini