Chelsea ‘berpeluh’ benteng rapuh - Utusan Malaysia

Chelsea ‘berpeluh’ benteng rapuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penolong pe­ngurus Chelsea, Gianfranco Zola melemparkan kritikan terbuka terhadap dua pemain pertahanan iaitu Gary Cahill serta Andreas Christensen kerana tidak memberi apa-apa sumba­ngan ketika melakar kemena­ngan tipis 3-2 ketika me­nerima kunjungan Derby Country pada saingan pusingan keempat Piala Liga England awal pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas bekas pemain Chelsea itu, kedua-dua pemain berkenaan gagal beraksi seperti yang diharapkan sehingga menyaksikan skuad The Blues seolah-olah turun tanpa pemain pertahanan.

“Cahill bermain pada babak pertama perlawanan dan saya lihat benteng pertahanan kami sangat rapuh seperti tidak ada pemain pertahanan. Kami memilih kedua-dua pemain ber­kenaan dengan jangkaan mereka akan menggunakan peluang tersebut untuk merebut tempat dalam skuad utama.

“Sebaliknya perkara lain pula yang berlaku. Ini merupakan satu kritikan terbuka dan saya akan mengadakan perbincangan de­ngan kedua-dua pemain tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Chelsea berjaya meraih gol pembukaan hasil jaringan gol sendiri pemain pertahanan Derby, Fikayo Tomori seawal minit kelima.

Bagaimanapun, skuad bimbi­ngan Frank Lampard itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Jack Marriott selang empat minit kemudian sebelum mereka sekali lagi ke­tinggalan pada minit ke-21 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Richard Keogh.

Kerapuhan benteng pertahanan Chelsea menjadi punca Derby kembali mengikat kedudukan 2-2 hasil penyudah Martyn Waghorn pada minit ke-27.

Chelsea bagaimanapun menarik nafas lega untuk layak ke pusingan suku akhir kejohanan berkenaan selepas pemain te­ngah, Cesc Fabregas meledakkan gol kemenangan empat minit sebelum aksi babak pertama tamat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini