LONDON – Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen berpendapat arena Formula Satu (F1) secara keseluruhan akan jauh lebih baik jika tidak diselubungi dengan perkara-perkara karut dan tidak masuk akal.
Raikkonen yang terkenal dengan jolokan The Iceman berjaya meraih kemenangan pertamanya bersama Ferrari setelah mengalami kemarau gelaran dalam 113 perlumbaan sebelum ini.
Juara dunia 2007 tersebut kini hanya mempunyai dua perlumbaan lagi bersama pasukan Ferrari sebelum kembali semula ke pasukan lamanya, Sauber musim hadapan.
“Banyak kritikan terhadap F1 yang mendakwa ia tidak meriah dan tidak mampu menarik ramai penonton. Namun, secara jujur saya rasa banyak perkara mengarut yang sengaja direka media.
“Terdapat banyak gosip dan perkara yang tidak memberikan impak positif pada sukan ini. Sukan F1 akan jauh lebih baik sekiranya tanpa permintaan yang tidak masuk akal.
“Jika mereka fokus pada perkara sebenar tanpa ditokok tambah, saya yakin ia tidak akan memberi tekanan pada F1 untuk melakukan perubahan tidak sepatutnya, sekali gus bermanfaat dari pelbagai segi,” ujarnya. – Agensi











