ADEN 1 Nov. – Lebih tujuh juta kanak-kanak berdepan ancaman serius kebuluran di Yemen dan menamatkan perang di negara ini tidak akan menyelamatkan kesemua golongan itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pengarah Serantau Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Geert Cappelaere berkata, pada hari ini, sebanyak 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun berdepan masalah kekurangan zat makanan yang buruk manakala 400,000 orang terjejas dengan kekurangan zat tersebut.
“Lebih separuh daripada 14 juta orang penduduk berdepan risiko kebuluran serius di negara miskin itu adalah kanak-kanak,” kata Cappelaere. – AFP











