Silap isytihar pendapatan RM108,056 sebulan - Baru - Utusan Malaysia

Silap isytihar pendapatan RM108,056 sebulan – Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Berlaku kesilapan sewaktu mengisytiharkan pendapatan bulanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperlihatkan pendapatan Menteri Kerja Raya, Baru Bian mencecah RM108,056 sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru berkata, kesilapan itu menyebabkan dirinya memperoleh pendapatan berganda dan disenarai mengatasi pendapatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau keliru apabila mengisytihar menerima dua elaun iaitu sebagai Ahli Parlimen Selangau dan Menteri Kerja Raya.

“Hakikat sebenarnya, saya hanya menerima elaun bagi jawatan menteri. Saya buat perisytiharan baharu sekarang. Saya telah terlebih isytihar, saya isytiharkan elaun berganda.

“Saya tak dapat tewaskan Lim Guan Eng. Jumlah sebenar lebih rendah, sekitar RM78,000,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal Malaysiakini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini