Tarikan baharu di Taman Tasik Shah Alam - Utusan Malaysia

Tarikan baharu di Taman Tasik Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Nov. – Taman Tasik Shah Alam kini mempunyai empat tarikan baharu buat para pengunjung iaitu Jambatan Kanopi, Menara Tinjau, Titi Gantung dan Trek Basikal Kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, projek pengindahan tersebut diharapkan mampu memberi daya tarikan baharu kepada orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini.

“Taman Tasik Shah Alam sering menjadi tumpuan untuk aktiviti riadah dan rekreasi kerana persekitaran dan keindahan landskap yang menggamit masyarakat sekitar Lembah Klang khususnya warga Shah Alam.

“Terdapat empat komponen utama baharu yang disediakan iaitu Jambatan Gantung sepanjang 147.6 meter dengan ketinggian tiga meter. Titi Gantung pula adalah 60 meter panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis perasmian Jambatan Kanopi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Taman Tasik Shah Alam, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Shahrin menambah, selain itu, Menara Tinjau setinggi enam meter yang terletak di kawasan berbukit menyediakan pemandangan indah dari posisi atas Taman Tasik Shah Alam.

Menurutnya, kini para pengunjung boleh menikmati pemandangan tasik ini dari aras tinggi.

“Turut dibina adalah jambatan khas untuk kanak-kanak merasai pengalaman berada di paras ketinggian dengan selamat. Jambatan Kanak-Kanak ini berukuran 46 meter panjang,” katanya.

Jelasnya lagi, satu trek basikal kanak-kanak sepanjang 129 meter turut dibina untuk keselamatan golongan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini