BN cadang kembalikan GST tiga peratus - Utusan Malaysia

BN cadang kembalikan GST tiga peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Barisan Nasional (BN) menerusi pembentangan Inisiatif Ekonomi Rakyat mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah iaitu tiga peratus berbanding enam peratus sebelum ini bagi menambahkan pendapatan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu juga mampu mengurangkan pasaran gelap yang berpunca daripada mereka yang mengelak untuk membayar cukai.

“GST terbukti cukai yang lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan perkara ini turut diakui oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh itu BN mencadangkan pengenalan semula GST pada kadar tiga peratus di mana cukai ini diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah dan jumlah senarai barangan dikecuali yang lebih banyak,” katanya dalam sidang akhbar di bilik seminar Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini