AmanahRaya laksana transformasi era digital - Utusan Malaysia

AmanahRaya laksana transformasi era digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 1 Nov. – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melaksanakan pelbagai aspek penambahbaikan menerusi transformasi ke era digital bagi memperkukuhkan kecekapan operasi dan meningkatkan jaringan infrastruktur informasi serta maklumat agensi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusinya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan proses kerja akan menjadi lebih mudah dan singkat sekali gus dapat memperbaiki mutu perkhidmatan sedia ada.

Katanya, selain perkhidmatan, pihaknya juga menaiktaraf pejabat di cawangan sedia ada dan membuka cawangan baharu di lokasi yang mendapat permintaan tinggi.

“Masyarakat perlu sedar kesan buruk sekiranya perancangan pewarisan tidak dilaksanakan mengikut saluran yang betul jadi memilih agensi berpengalaman menjadi faktor utama dalam membantu melancarkan proses pengurusan harta selepas berlakunya kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan ketika ditemui  Malaysia selepas majlis perasmian pejabat baharu AmanahRaya di Pusat Perniagaan Aman Jaya di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama, Azman Nasrudin hadir bagi merasmikan masjlis tersebut.  

Turut hadir Pengarah Urusan AmanahRaya, Adenan Md. Yusoff dan pengurusan kanan agensi berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd. Nasir berkata, pihaknya giat melakukan kerjasama dengan agensi swasta dan kerajaan dalam mempromosikan program yang dapat meningkatkan  kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan pengurusan serta perancangan pewarisan.

“Selain itu, kita juga berkolaborasi dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di mana bermula Januari lalu, pencarum KWSP boleh melantik AmanahRaya sebagai penama kepada wang caruman mereka,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN