Parlimen: Warga China jumlah tertinggi miliki rumah program MM2H - Utusan Malaysia

Parlimen: Warga China jumlah tertinggi miliki rumah program MM2H

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,499 permohonan membeli rumah menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan kepada warganegara asing sejak 2007 sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah Baharuddin Shah berkata, daripada jumlah itu, warga China merupakan pembeli hartanah tertinggi iaitu sebanyak 1,664 unit atau 37 peratus daripada jumlah pembeli di bawah program itu.

Beliau berkata, ia diikuti warga United Kingdom dengan sebanyak 357 unit, Bangladesh (250 unit); Iran (217); Jepun (208); Pakistan (192); Singapura (175); Australia (147), Korea Selatan (127), Amerika Syarikat (115) dan negara-negara lain (1,047). 

“Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula, sebanyak 106,197 isi rumah bukan warganegara memiliki unit rumah di seluruh negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu jumlah rumah yang dimiliki warga asing di negara ini mengikut kewarganegaraan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini