Jurujual wanita maut digilis trak tentera - Utusan Malaysia

Jurujual wanita maut digilis trak tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Nov. – Seorang jurujual wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum digilis sebuah trak tentera di hadapan klinik Kota Jembal di Jalan Kedai Lalat di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Siti Nurul Asmawati Abdul Aziz, 21, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dari arah Tawang.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Noor Halim Nordin berkata, mangsa yang tidak mempunyai lesen pada awalnya cuba memotong sebuah kereta namun berlaku pergeselan sebelum mangsa terjatuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat daripada pergeselan itu, mangsa terjatuh dan digilis di bahagian tayar sebelah kiri trak tentera tersebut yang datang dari arah sama.

“Akibat dari kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini