PULAU PINANG 1 Nov. – Penang Citizens Awaraness (Chant Group) mahu hasil laporan oleh jawatankuasa khas kerajaan negeri berkaitan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini baru-baru ini, didedahkan kepada umum.
Penasihatnya, Yan Lee berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah kerana rakyat berhak mengetahui apa yang berlaku seterusnya menilai ketelusan kerajaan negeri dalam menangani sebarang isu termasuk berkaitan tragedi berkenaan.
“Seiring dengan konsep Malaysia Baharu sekarang, saya menyarankan kepada jawatankuasa terbabit untuk menggunakan aplikasi FB Live (Facebook Live) ketika membentangkan hasil laporan itu agar semua pihak dapat mengakses maklumat tersebut.
Berita berkaitan:
“Hal ini juga penting supaya tahap ketelusan itu dapat dikekalkan kerana sidang Dewan Rakyat sekarang pun sudah boleh ditonton secara langsung dan tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











