ICERD konvensyen terakhir akan diretifikasikan kerajaan - Utusan Malaysia

ICERD konvensyen terakhir akan diretifikasikan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang hangat dibincangkan oleh pelbagai pihak, akan menjadi konvensyen hak asasi terakhir diratifikasi kerajaan.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketika ini fokus lebih tertumpu kepada Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan.

Katanya, diratifikasi ICERD menjadi konvensyen terakhir memandangkan ia membabitkan soal undang-undang dan perkara itu perlu diperhalusi dahulu dengan mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk mereka yang pakar untuk mengelakkan sebarang kerisauan dalam kalangan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sangat memahami kerisauan tersebut sebab itu kita kena bincang lebih teliti dengan semua kaum, duduk di meja perundingan dan lihat betul-betul apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan serta apa yang ada dalam undang-undang untuk fahami apakah isunya, apakah kerisauannya.

“Sebenarnya tidak banyak undang-undang perlu diselaraskan dengan ICERD, namun kita hendak perhalusi perkara itu satu persatu. Jawatankuasa teknikal sudah lama ditubuhkan diketuai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini