Bangunkan aplikasi tingkat kecekapan KTM Komuter - Utusan Malaysia

Bangunkan aplikasi tingkat kecekapan KTM Komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan sedang meneliti inisiatif untuk membangunkan sebuah aplikasi dalam talian khas buat pengguna KTM Komuter dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mengambil maklum dengan masalah perkhidmatan KTM Komuter yang sering menimbulkan rungutan pengguna.

Jelas beliau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghadapi kekangan besar untuk memberikan perkhidmatan terbaik terutamanya melibatkan kekerapan KTM Komuter disebabkan sedang dalam proses membaik pulih landasan.

“Kita mencari satu jalan penyelesaian bagaimana untuk memberikan maklumat lebih lengkap dan tepat kepada pengguna. Salah satu inisiatif kita sedang lihat ialah bangunkan aplikasi mudah alih di mana pengguna boleh tahu bila tren itu sampai.

“Jadi, pengguna tidak perlu pergi ke stesen untuk menunggu tren sebaliknya hanya perlu melihat sahaja aplikasi dan tahu bila akan sampai. Aplikasi ini sedang dibangunkan dan diharap dapat memberi kemudahan kepada pengguna dalam masa beberapa bulan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Stesen Kereta Api Abdullah Hukum di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN