Desakan siasat tulisan tentang Istana Kedah, hak Johari - Kadir - Utusan Malaysia

Desakan siasat tulisan tentang Istana Kedah, hak Johari – Kadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin menyatakan ia adalah hak Datuk Johari Abdul untuk mendesak siasatan ke atas beliau berikutan tulisan berhubung Istana Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Kadir, terpulang kepada Johari untuk untuk menggesa siasatan dilakukan di bawah Akta Hasutan.

“Terpulang kepada YB Sungai Petani (Johari) untuk memberi ulasan. Jika dia mahukan siasatan (ke atas saya), terpulang kepada dia,” katanya lapor portal FMT hari ini.

Johari berkata, tulisan Kadir di dalam blog bertajuk `Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja’ mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan Kedah seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalahgunakan kedudukan baginda.

“Saya sebagai seorang wakil rakyat dari Kedah amat kecewa dengan tulisan A. Kadir ini, dalam memuji tetapi dalam masa yang sama tulisannya mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda.

“Ini sangat berbahaya dan kita minta polis untuk menyiasat A. Kadir kerana perkara sebegini sangat meresahkan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.

Sebelum ini A. Kadir turut mencetuskan kontroversi berhubung artikel tulisannya yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN