Pemandu parah lori minyak diesel terbakar - Utusan Malaysia

Pemandu parah lori minyak diesel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU – Seorang lelaki parah selepas lori tangki minyak yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbakar di Ulu Bariawa Jalan Kimanis di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi tersebut, mangsa, Ismail Dahlan berusia 49 tahun mengalami pendarahan dalam perut tetapi, kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintenden Lee Nyuk Kim berkata, sebelum insiden mangsa yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menghala ke Keningau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, semasa menuruni bukit di lokasi kejadian secara tiba-tiba lori yang membawa muatan minyak diesel itu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan terlanggar bukit.

“Akibat kemalangan tersebut lori itu terbakar sehingga menyebabkan mangsa  turut mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

bomba
Seorang lelaki parah selepas lori tangki minyak yang dipandunya terbabas dan terbakar di Ulu Bariawa Jalan Kimanis di Keningau hari ini.

Siasatan masih dijalankan di bawah  Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memberitahu, seramai sembilan anggota dan dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Keningau bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.33 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan kaedah foam manakala mangsa yang parah diberikan rawatan awal oleh anggota Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Keningau,” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini