Polis tumpas sindiket edar dadah bernilai RM3.1 juta - Utusan Malaysia

Polis tumpas sindiket edar dadah bernilai RM3.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki mengedar 66.58 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM3.1 juta dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada Selasa dan Rabu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis Johor, Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, kejayaan itu hasil risikan dan siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

“Pihak kita telah melaksanakan dua serbuan di Taman Desa Cemerlang dan Jalan Permatang 8, Desa Jaya pada pukul 3.30 petang 30 Oktober lalu sehingga 6.30 petang semalam.

“Hasil serbuan kita menahan seorang lelaki berusia 48 tahun dan merampas 58.79kg dadah dipercayai jenis ketamin, heroin (5.44kg) dan syabu (2.34kg) bernilai RM3.1 juta,” katanya pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Mohd. Kamaruddin berkata, dadah ini dijumpai diletakkan di dalam kereta Toyota Camry dan Perodua Kembara sebelum disyaki untuk dipasarkan sekitar negeri ini selain bekalan ini turut dipercayai boleh diedarkan kepada 20,000 penagih.

Jelasnya, lelaki berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 6 November depan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini