Main judi terup di pasar awam - Utusan Malaysia

Main judi terup di pasar awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Lapan wanita kebanyakannya warga emas yang sedang leka bermain judi daun terup di dalam Pasar Awam Kampung Baru, Bukit Mertajam di sini terkejut apabila di­serbu polis kelmarin.

Dalam serbuan pukul 5.50 petang itu, kesemua suspek yang berusia 51 hingga 75 tahun tersebut dikatakan sedang berkumpul dan menghadap sebuah meja dipercayai bermain judi daun terup.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya telah menahan kesemua suspek dan merampas beberapa barang termasuk 52 keping kad daun terup, tujuh kerusi plastik dan satu meja bulat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, wang tunai yang dipercayai digunakan dalam kegiatan haram itu dengan jumlah ke­seluruhan sebanyak RM17,270 turut dirampas.

“Kesemua tangkapan dan barang kes telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini