Ringgit susut 0.8% pada September - Utusan Malaysia

Ringgit susut 0.8% pada September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Ringgit menyusut 0.8 peratus dalam September di sebalik aliran keluar bukan pemastautin dan pe­ngukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) secara berterusan yang disokong oleh prospek ekonomi yang positif, data pekerjaan dan upah yang kukuh dikeluarkan dari AS.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan Sorotan dan Pe­rangkaan Bulanan September 2018 juga menunjukkan indeks FBM KLCI susut 1.5 peratus dan hasil lima tahun Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) meningkat 5.7 mata asas dalam bulan berke­naan berbanding Ogos.

“Malah, pasaran kewa­ngan domestik kewangan kekal teratur walaupun aliran keluar portfolio bukan pemastautin pada awal September disebabkan sentimen risiko terutama berpunca daripada ketegangan perdagangan global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam tempoh itu juga, inflasi kekal rendah pada 0.3 peratus disebabkan peningkatan kesan daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diimbangi oleh inflasi peng­angkutan yang rendah.

Kesan pindahan SST adalah lebih nyata bagi beberapa perkhidmatan boleh cukai, se­perti perkhidmatan televisyen berbayar dan makanan segera. Bagaimanapun, bara­ngan boleh cukai lain pada bulan itu mengalami kesan pindahan yang terhad.

“Dengan mengecualikan impak kepada perubahan dasar cukai, inflasi teras kekal stabil pada 1.4 peratus pada September,” katanya.

Menurut BNM, pembiayaan bersih berkembang tujuh peratus pada September disebabkan pertumbuhan lebih sederhana dalam bon korporat iaitu 10.8 peratus dan pembiayaan sistem perba­n­­­­k­an meningkat 5.7 peratus.

Katanya, pertumbuhan pembiayaan terkumpul bagi perniagaan meningkat kepada 4.5 peratus manakala pinjaman isi rumah kekal enam peratus.

“Namun, pertumbuhan bagi permohonan pembiayaan isi rumah dan kelulusan untuk pembelian kenderaan menyederhana kepada 6.7 peratus dan 32 peratus masing-masing,” katanya.

Bagi bulan itu, nisbah pinjaman terjejas bersih menurun secara marginal kepada 0.9 peratus disebabkan aktiviti hapus kira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini