Belanjawan 2019: B40 dijangka dapat faedah - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: B40 dijangka dapat faedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dijangka antara penerima manfaat daripada Belanjawan 2019 menerusi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi mapan dan me­ngurangkan beban kos sara hidup.

Alan Tan
ALAN TAN

Penyelidik Ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan berkata, beliau yakin bajet pertama oleh kerajaan baharu ini akan meliputi usaha bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli dalam kalangan golongan B40.

Katanya, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diunjur te­rus dikekalkan dalam belanjawan tetapi dengan pe­ngurangan jumlah pene­rima berbanding tujuh juta sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, peruntukan bagi BSH dianggarkan kurang daripada RM6.8 bi­lion dalam masa sama kekal menerima sokongan daripada perbelanjaan swasta.

“Dari segi subsidi minyak, kami merasakan kerajaan bakal memperkenalkan mekanisme terhadap subsidi petrol bersasar berbanding subsidi secara menyeluruh.

“Antara cadangan terma­suk subsidi petrol bersasar disediakan untuk motosikal dengan enjin di bawah 125 cc dan kereta 1,300 cc,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,

Dalam pada itu, ujar Tan lagi, nilai ringgit diunjur meningkat kepada 4.00 dan 4.10 berban­ding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun susulan dasar yang lebih jelas daripada Belanjawan 2019.

Tambahnya, dolar AS dijangka stabil berban­ding mata wang utama yang lain tahun ini jika terdapat pe­ningkatan kadar faedah pada Disember, seperti jangkaan pasaran.

“Kami berpendapat kerajaan akan mengubah sasaran defisit fiskal Malaysia kepada kadar antara 3.5 peratus dan 3.7 peratus tahun ini,,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini