Jamal `dilemaskan’ manakala mayatnya dikerat dan dibuang - Turki - Utusan Malaysia

Jamal `dilemaskan’ manakala mayatnya dikerat dan dibuang – Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 31 0kt. – Wartawan, Jamal Khashoggi dilemaskan sebaik sahaja dia memasuki konsulat Arab Saudidi sini dalam satu pembunuhan terancang empat minggu lalu dan mayatnya dikerat sebelum dibuang.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Pendakwa Raya Turki selepas dua hari berunding dengan pendakwa raya Arab Saudi, Saud al-Mojeb, tiada keputusan konkrit dicapai dalam pertemuan itu.

Mojeb kemudian berkata, pembunuhan Jamal dirancang terlebih dulu dan Riyadh menahan sebanyak 18 orang suspek berhubung kes itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun Turki yang mendedahkan sejumlah bukti menjejaskan penafian awal Arab Saudi, menuntut lebih banyak maklumat termasuk di mana mayat wartawan itu dan siapa mengarahkan pembunuhannya.

“Walaupun usaha baik kami mahu mendedahkan kebenaran, tiada keputusan konkrit dicapai hasil pertemuan itu,” kata pejabat pendakwa raya Turki, hari ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini