Beri tiket percuma kerana 
takut dimarah pelancong asing - Utusan Malaysia

Beri tiket percuma kerana 
takut dimarah pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEPUN 31 Okt. – Seorang penjual tiket di Taman Shinjuku Gyoen memberi tiket percuma bernilai lebih AS$222,000 (RM928,737) kepada semua pelancong asing kerana takut dimarahi mereka.

Lapor BBC, lelaki berusia 70 tahun itu berkata, dia bertindak demikian kerana takut bercakap dengan pelancong luar negara selepas seorang daripada mereka memarahinya setahun lalu.

Sehubungan itu, dia mem­biarkan 160,000 pelancong ma­suk ke taman tersebut secara percuma antara 2014 dan 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara ini terbongkar sele­pas pihak audit mendedahkan kos tersebut bernilai sehingga ju­taan yen.

Ini kerana, rakan sekerja lelaki tersebut menyedari tindakan anehnya pada Disember 2016 dan memaklumkan kepada pi­hak pengurusan.

Kemudian lelaki itu me­ngaku tidak mengenakan bayaran kepada orang asing bagi tiket berharga AS$1.80 (RM7.53) untuk dewasa dan 50 yen (RM1.85) untuk kanak-kanak, kerana dia tidak selesa untuk meminta wang.

“Saya tidak boleh bercakap bahasa lain dan saya sangat takut semasa seorang pelancong asing memarahi saya tidak lama dahulu,” lelaki tersebut memberikan penjelasan, menurut SoraNews24.

Satu siasatan telah dilancarkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan selepas imbasan rekod komputernya, didapati dia mengeluarkan tiket kemudian membatalkannya di pangkalan data antara 2014 dan 2016.

Dia juga turut meminta pekerja lain yang mengendalikan data, untuk membatalkan penjualan, kata SoraNews24.

Pihak audit turut mendedah­kan kerugian sehingga se­ku­ra­ng-kurangnya 25 juta yen (RM923,925).

Akibatnya, gaji bulanan lelaki itu dikurangkan sebanyak 10 peratus, kata laporan media Jepun yang lain.

Tetapi lelaki tersebut meletak jawatan dan menawarkan untuk membayar ganti rugi yang dialami majikannya menggunakan separuh daripada bonus persaraan yang diterimanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini