2 wanita Islam sertai Kongres - Utusan Malaysia

2 wanita Islam sertai Kongres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO 31 Okt. – Pengundi Amerika Syarikat (AS) kini bersedia untuk memilih dua wanita Islam ke Kongres menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada minggu depan, sekali gus mencatat sejarah sebagai golongan wa­nita Islam pertama berkhidmat dalam Kongres.

Ilhan Omar, pe­­la­rian Somalia diyakini terpilih menjadi anggota Dewan Perwakilan AS sebagai calon parti Demokrat dari Minnesota.

Seorang lagi, Ra­shida Talib, petugas sosial berketurunan Palestin dan dilahirkan di Detroit dijangka memenangi kerusi dewan berkenaan tanpa sebarang tentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-duanya dilantik ketika sentimen dan retorik antipelarian serta anti-Islam di negara ini memuncak.

Penyertaan kedua-dua wani­ta itu dalam Kongres menjadikan jumlah penduduk Islam dalam Kongres kepada tiga orang termasuk ahli Kongres, Andre Carson, berketurunan Afrika-Amerika.

Andre yang mewakili Demokrat di­ja­ng­ka mempartahankan keru­sinya di Indiana.

Pilihan raya tersebut dijangka menjadi peristiwa penting yang memperlihatkan pertentangan terhadap peningkatan sentimen anti-Islam di seluruh negara.

Majlis Perhu­bu­ng­an Amerika-Islam (CAIR) melaporkan jenayah kebencian dan an­ti-Islam di negara itu meningkat se­banyak 21 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ilhan dan Ra­­shida telah menempatkan diri dalam lingkungan pertentangan terhadap retorik Presiden Donald Trump dan parti Republikan.

Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada se­jarah pelbagai calon berda­sar­kan kaum, jantina dan sek­sua­liti dalam memberi ca­baran ter­ha­­dap anggota Re­publikan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini