Remaja lemas ketika menjala ikan bersama bapa dan rakan - Utusan Malaysia

Remaja lemas ketika menjala ikan bersama bapa dan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Seorang remaja lelaki dipercayai lemas ketika menjala ikan bersama bapa dan rakannya dalam kejadian di muara Pantai Senok di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam, mangsa yang hilang dikenali Aizat Safuan, 19, manakala bapanya Ismail Haron,45, dan rakannya, Nazizul Mubin Rusli, 15, telah berjaya diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.06 malam mengatakan terdapat kejadian lemas membabitkan tiga orang mangsa pada awalnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pihak bomba yang tiba pada pukul 8.40 malam di tempat kejadian mendapati dua mangsa telah diselamatkan orang awam.

“Nazizul Mubin yang berasal dari Kulim, Kedah dan bapa mangsa yang beralamat di Masjid Pulau Melaka terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang dijalankan di persisiran pantai dan setakat ini masih belum menjumpai mangsa,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini