2,000 pelarian Rohingya dihantar pulang November - Utusan Malaysia

2,000 pelarian Rohingya dihantar pulang November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR 31 Okt. – Myanmar akan menerima kumpulan pertama kira-kira 2,000 pelarian Rohingya dari Bangladesh November ini di sebalik keraguan berhubung pelaksanaan langkah itu oleh kedua-dua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha kementerian luar Myanmar, Myint Thu mengadakan lawatan ke kem pelarian di Cox’s Bazar hari ini bagi membincangkan penghantaran pulang pelarian ketika kebanyakan penghuni mahu mereka diberikan kerakyatan Myanmar dengan hak asasi penuh sebelum pulang,

Thu berkata, Myanmar mengesahkan sebanyak 5,000 nama dalam senarai 8,032 etnik Rohingya yang diserahkan Bangladesh pada Februari.

“Daripada jumlah 5,000, kumpulan pertama melibatkan 2,000 orang dan diikuti kumpulan kedua dengan kumpulan pertama akan diterima pada pertengahan November,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN