Warga Singapura maut motosikal berkuasa tinggi terbabas - Utusan Malaysia

Warga Singapura maut motosikal berkuasa tinggi terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Seorang pembonceng motosikal berkuasa tinggi warga Singapura maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 409.8, Lebuh Raya Utara Selatan Bukit Tagar – Lembah Beringin, dekat sini petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 5.15 petang, mangsa, Pauline Leong, 42, maut di tempat kejadian sementara suaminya Lim Beng Yan Admen, 43, masih menerima rawatan di hospital berdekatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke utara sebelum motosikal jenis BMW GS R1200 yang dinaiki mereka terbabas.

“Berdasarkan maklumat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN