Petronas Gas umum tiada kenaikan harga perkhidmatan GPHD, caj penghantaran - Utusan Malaysia

Petronas Gas umum tiada kenaikan harga perkhidmatan GPHD, caj penghantaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – PETRONAS Dagangan Bhd. hari ini mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga bagi perkhidmatan Gas PETRONAS Home Delivery (GPHD) manakala caj penghantaran kekal pada harga yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan umum dan kebimbangan pelarasan harga caj penghantaran, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Petronas Dagangan mengumumkan caj penghantaran akan disemak semula sejajar dengan kadar pasaran daripada RM3.20 bagi silinder 12 kilogram dan 14 kilogram sebelum ini kepada RM8.20 bagi silinder 12 kilogram dan RM8.40 bagi silinder 14 kilogram.

Penetapan harga semasa di laman web GPHD menyenaraikan RM25.80 bagi silinder 12 kilogram dan RM29.80 bagi silinder 14 kilogram untuk wilayah tengah, manakala harga bagi wilayah selatan, timur dan utara bagi dua silinder itu masing-masing pada RM25.20 dan RM29. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini