SEREMBAN 31 Okt. – Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Rembau akan ditutup berkuat kuasa esok.
Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan petang tadi.
Menurut kenyataan itu, semua urusan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa masih kekal di Pejabat Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bangunan Angsana di Ampangan dekat Seremban dan Port Dickson.
“Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 06-7620000,” menurut kenyataan tersebut.
Pejabat Imigresen RTC Rembau yang mula beroperasi pada pertengahan September 2016 menawarakan perkhidmatan membuat atau memperbaharui pasport Malaysia.
Selain Jabatan Imigresen, antara agensi lain yang menyediakan perkhidmatan di RTC berkenaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Pusat Zakat Negeri Sembilan. – UTUSAN ONLINE











