Pengendali kapit tayar akur penamatan operasi oleh DBKL - Utusan Malaysia

Pengendali kapit tayar akur penamatan operasi oleh DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Syarikat pengendali tindakan kapit tayar kenderaan sekitar ibu negara, Vista Summerose Sdn. Bhd. diarah menghentikan operasinya bermula esok.

Pegawai Khas Lembaga Pengarahnya, Nik Muhammad Haikal Nik Haidi berkata, pihaknya menerima notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang semalam yang mengarahkan syarikatnya menghentikan operasi kapit tayar serta merta.

Sehubungan itu, katanya, kira-kira 120 pekerja termasuk operator dan pekerja di pusat kawalan akan terjejas ekoran penamatan kontrak tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada sebarang rundingan dilakukan oleh DBKL secara bersama, namun pihak kami akur dengan arahan menghentikan operasi seperti diarahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad sebelum ini memberitahu, penyelarasan operasi penguatkuasaan kapit tayar akan diperhalusi bagi mengelak kemelut yang mendakwa tindakan penguatkuasaan terhadap warga kota itu bertujuan mengaut keuntungan semata-mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini