Miliki pelbagai mercun, peniaga didenda RM300 - Utusan Malaysia

Miliki pelbagai mercun, peniaga didenda RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 31 Okt. – Seorang peniaga didenda maksimum RM300 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 80 kotak pelbagai jenis mercun secara haram, dua hari lalu.


Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu selepas V. Ragunath, 31, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Jalan Permai 1/1, Taman Puchong Permai, Puchong dekat sini kira-kira pukul 7.45 malam, 29 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki pelbagai jenis mercun tanpa permit sah antaranya enam kotak Saturn Missiles Battery 50 Shots, empat kotak Happy Boom Sun Sparkler dan 13 kotak Mini Ice Vream.


Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mengikut Seksyen 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300 atau penjara sehingga sebulan.


Mengikut fakta kes, pihak polis telah melihat tertuduh di dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan terhadap lelaki itu dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis mercun di dalam keretanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini