Esscom gerak aset kawal keselamatan Esszone - Utusan Malaysia

Esscom gerak aset kawal keselamatan Esszone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersiap-siaga menggerakkan semua aset di pos kawalan barisan hadapan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, orang awam terutama masyarakat setempat diminta segera menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan sekiranya menyedari pergerakan yang mencurigakan di kawasan perairan Esszone.

“Kita sudah menggerakkan kesemua aset di lapangan dan pos kawalan bahagian hadapan untuk meningkatkan rondaan di kawasan perairan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta masyarakat di kawasan (Esszone) ini supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pasukan keselamatan sekiranya mengesan pergerakan meragukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan portal berita dalam talian, Marine Link yang mendakwa 10 ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf merancang melakukan aktiviti penculikan di kawasan terpencil di Sabah.

Laporan itu menyatakan, Pusat Perkongsian Maklumat (ISC) Pusat Perjanjian Kerjasama Wilayah Memerangi lanun dan Rompakan Ke Atas Kapal Asia (ReCAAP) menerima maklumat itu daripada pasukan keselamatan Filipina baru-baru ini.

Menurut laporan itu lagi, kumpulan penculik berkenaan menyasarkan ahli perniagaan atau kru kapal asing yang melalui kawasan perairan terutama di timur Sabah dan Sulu, Filipina.

Hazani yang tidak menafikan kesahihan laporan itu mengakui menerima maklumat yang sama daripada pasukan keselamatan di Filipina.

Beliau bagaimanapun, memberi jaminan tahap keselamatan di pantai timur Sabah pada ketika ini berada dalam keadaan terkawal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini