Mahkamah tetap 8 Januari pengurusan kes rayuan Najib terhadap perintah larangan - Utusan Malaysia

Mahkamah tetap 8 Januari pengurusan kes rayuan Najib terhadap perintah larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi perintah larangan untuk menghalang media membincangkan merit kes jenayahnya telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 8 Januari tahun depan.

Kes itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zulhelmy Hasan untuk pengurusan kes dan mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi pengurusan kesnya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed berkata, perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini untuk mengetahui sama ada keputusan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi diterima.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, peguam yang mewakili Najib memberitahu timbalan pendaftar penghakiman itu diterima semalam.

Budiman berkata, tarikh rayuan kes Najib itu dijangka ditetapkan pada tarikh pengurusan kes seterusnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini