Ratifikasi penghapusan diskriminasi kaum satu malapetaka buat rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Ratifikasi penghapusan diskriminasi kaum satu malapetaka buat rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan langkah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu malapetaka dan menyentuh beberapa sendi utama bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara tersebut akan memberi implikasi besar kepada negara dan rakyat.

“Kami mendesak kerajaan tidak menerima (ICERD), sekiranya kerajaan meneruskannya saya fikir mobilisasi rakyat yang besar akan berlaku kerana implikasinya bukan sahaja kepada orang Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah ini termasuk juga penduduk Sabah dan Sarawak dan hak keistimewaan bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu mengulas berhubung perhimpunan membantah ICERD oleh pertubuhan bukan kerajaan di luar bangunan Parlimen, pagi tadi.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai rombongan 10 peserta himpunan tersebut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy pada 24 Oktober lalu dilaporkan berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, ICERD hanya akan ditandatangani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia.

Mahathir menyifatkan latar belakang demografi Malaysia yang menyaksikan pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini