Insiden Lion Air JT610: Pengarah Teknikal, juruteknik dipecat - Utusan Malaysia

Insiden Lion Air JT610: Pengarah Teknikal, juruteknik dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Okt. – Pengarah Teknikal Lion Air, Muhammad Asif dan beberapa juruteknik yang dikaitkan dengan tragedi pesawat Boeing 737 JT610 yang terhempas pagi semalam dipecat daripada tugas rasmi hari ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Perhubungan Indonesia selaku badan penyelaras industri penerbangan dalam negara itu.

“Hari ini kami mengarahkan agar Pengarah Teknikal penerbangan termasuk kakitangan teknikal yang mengesahkan pesawat terbang tersebut boleh berlepas, dipecat dan digantikan,” kata jurucakap kementerian, Budi Karya Sumadi dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Lion Air dalam kenyataannya pula memaklumkan, pihaknya akur dengan arahan tersebut dan telah memecat Muhammad Asif dari tugas rasminya.

Tempat beliau kini disandang oleh Muhammad Rusli.

Notis Lion Air
 

Isnin lalu, pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT610 yang sedang dalam perjalanan ke Pangkalpinang terhempas ke dalam Laut Jawa sejurus berlepas dari Jakarta.

Ketika kejadian, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu membawa 189 penumpang dan anak kapal. – AFP/BBC Indonesia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini