Pelari patah kaki merangkak 200 meter ke garisan penamat - Utusan Malaysia

Pelari patah kaki merangkak 200 meter ke garisan penamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 28 Okt. – Seorang remaja perempuan Jepun membuktikan kesakitan akibat patah kaki yang dialami bukanlah penghalang baginya menamatkan larian maraton berganti-ganti apabila dia merangkak sejauh 200 meter untuk tiba di garisan penamat.

Metro.co.uk melaporkan, Rei Iida, 19 seorang pelajar sebuah universiti terjatuh dan patah kaki kanannya semasa dia menyertai pertandingan maraton berganti-ganti 41.8 kilometer (km) yang mana dia perlu menamatkan larian sejauh 3.5 km.

Namun, oleh kerana tidak mahu berputus asa, Iida nekad merangkak sejauh 200 meter untuk memastikan dia tiba ke garisan penamat sebelum menyerahkan reben pertandingan kepada pelari seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah rakan Iida dilihat menangis semasa dia menunggu gilirannya untuk meneruskan semula larian itu.

Rakaman televisyen me­rakamkan tompokan darah pada lutut Iida selepas dia menamatkan lariannya dan kesan darah turut kelihatan pada garisan putih jalan raya selepas perlumbaan itu tamat.

Iida nyata berazam untuk melengkapkan lariannya dan semasa ditanya oleh marsyal perlumbaan adakah dia mahu berhenti, remaja itu membalas: “Lagi beberapa meter yang tinggal sehingga matlamat saya?

Bagaimanapun, marsyal perlumbaan gagal menghubungi ketua hakim tentang kecede­raan Iida dan disebabkan itu dia dibenarkan terus merangkak hingga ke garisan penamat,

Ketua hakim yang ditemui selepas tamat pertandingan berkata, dia tidak dapat membuat keputusan sama ada Iida perlu berhenti berlari.

“Namun saya merasakan dia mampu melakukannya ketika dia hampir mencapai matlamatnya,” katanya.

Iida kemudian dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan bagi kecederaan yang dialami­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini