RM20 juta Dana Bencana Khas di Johor - Utusan Malaysia

RM20 juta Dana Bencana Khas di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Okt. – Kerajaan negeri me­lancarkan Dana Bencana Khas berjumlah RM20 juta sebagai bantuan kewangan tambahan atau alternatif semasa menghadapi bencana alam di Johor.

OSMAN SAPIAN

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian (gambar) berkata, da­na itu akan digu­na­kan sekiranya peruntukan kewangan daripada pelbagai jabatan mengambil masa untuk disalurkan atau tidak mencukupi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bajet khas ini untuk hadapi malapetaka seperti banjir sebab kita tidak tahu bila terjadinya tanah runtuh, jambatan runtuh dan sebagainya.

“Nak tunggu peruntukan jabatan kadang-kadang lambat dan tidak mencukupi, jadi boleh guna dana ini sebagai amanah untuk dibelanjakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Karnival Jom Heboh di Angsana Mall Johor Baru di sini semalam.

Beliau berkata, dana bencana alam tersebut turut melibatkan kerugian dan keperluan mangsa ribut, tanah runtuh, kebakaran serta kemalangan.

Sementara itu, Osman memberitahu, pe­laksanaan sistem kumbahan berpusat akan dilaksanakan syarikat milik penuh kerajaan, Perbadanan Darul Takzim (PDT) bagi mengelakkan sungai kotor se­kali gus menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

“Kita menitikbe­ratkan beberapa sungai seperti di Sungai Rengit, Sungai Pandan dan Sungai Skudai. Sungai ini kotor sebab tiada sistem kumbahan berpusat seperti yang dilakukan Indah Water Konsortium (IWK), jadi najis disalur terus ke sungai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang sentiasa memandang negatif dasar diperkenalkan kerajaan negeri yang baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) walaupun memberi manfaat kepada rakyat Johor adalah perkara biasa.

“Pada saya siapa yang mampu boleh beli, tiada masalah. Itu kita punya dasar jadi kritikan pembangkang itu biasalah. Rumah yang tak terjual pun sudah bernilai RM17 bilion jadi kita akan cuba tengok dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO Johor mempersoalkan langkah kerajaan negeri untuk memperkenalkan kategori baru Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dengan harga RM250,000 dan bukan RM150,000 seperti dilancarkan kerajaan negeri sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini