Suami isteri antara 10 dicekup - Utusan Malaysia

Suami isteri antara 10 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 27 Okt. – Sepasang suami isteri antara 10 suspek membabitkan tujuh lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki sehingga mati di daerah ini, Selasa lalu.

Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 38 tahun, manakala pasangan berkenaan berumur 34 dan 38 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

AZHAN ABDUL HALIM
AZHAN ABDUL HALIM 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kes ber­kenaan dipercayai berlaku pada Selasa lalu, manakala mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia pada pukul 5.15 petang keesokan harinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa pada awalnya mengalami kecede­raan parah dan tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

“Mangsa dipercayai telah dilarikan dan dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas seorang suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang dikatakan menjalin hubungan sulit de­ngan isterinya.

“Berdasarkan maklumat dan risikan, tangkapan pertama telah dilakukan ke atas dua wanita berumur 36 dan 38 tahun, kelmarin dan mereka kini direman sehingga Rabu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini