Lelaki ‘hidung belang’ perangkap artis - Utusan Malaysia

Lelaki ‘hidung belang’ perangkap artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KISAH cinta antara artis wanita dan orang kaya ini memang sudah berkurun berlaku. Ikutkan memang ada golongan lelaki kaya ini yang menjadikan harta sebagai umpan untuk mendapatkan wanita yang mereka mahu.

Tetapi bukanlah semua mampu diperdayakan dengan harta. Kekda ada juga terdengar ada artis wanita menolak kehadiran lelaki ‘hidung belang’ seperti ini. Tambahnya, dia lebih rela bekerja keras daripada mengharapkan duit lelaki.

Cuma isunya sekarang tanggapan kononnya artis wanita di negara ini terkejar kekayaan menyebabkan ada lelaki yang cuba hidup dalam kepalsuan demi cinta si bunga idaman. Eh, betul ke cinta?

Khabarnya ada yang sanggup berhutang demi menunjukkan dirinya kaya semata-mata untuk mendekati golongan selebriti wanita . Belum bab sewa rumah mewah dan kereta mewah lagi. Begitu sekali usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai orang kaya.

Cumanya Kekda kurang pasti, artis mana yang sudah terjerat dengan kisah dongeng yang diwujudkan lelaki ini.

Tetapi rasanya kalau artis wanita itu sendiri juga memang mendambakan kekayaan sahaja, memang layak dia bertemu dengan lelaki seperti ini. Masing-masing juga punya niat yang tidak ikhlas, jadi bila terbongkar nanti janganlah meroyan. Baru buku bertemu ruas gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×