Dapatkan maklum balas cadangan tamat jualan rokok zon bebas cukai - Utusan Malaysia

Dapatkan maklum balas cadangan tamat jualan rokok zon bebas cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kementerian Kewangan akan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berhubung cadangan Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) agar menamatkan jualan rokok bebas cukai di zon bebas cukai seperi Labuan, Langkawi dan Tioman.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan kerana yakin cadangan tersebut mempunyai kaitan dengan masalah penjualan rokok secara haram.

“Kita kena terima hakikat jika kita meletakkan kadar duti terlalu tinggi, kesannya adalah penjualan secara haram melebihi yang dibenarkan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cadangan ini kita tunggu maklum balas daripada semua pihak terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, IDEAS dalam laporannya yang bertajuk ‘Countering Illicit Trade: Lessons from Abroad’ memberitahu cadangan tersebut dikemukakan berikutan pengakuan oleh kerajaan terdahulu bahawa pulau bebas cukai berkenaan menjadi sumber bagi mendapatkan produk tembakau secara haram.

Sebelum ini, cadangan untuk menghentikan jualan rokok bebas cukai sudah dibuat tetapi ia gagal dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini