KUANTAN – Seorang lelaki warga emas kelainan upaya (OKU) terkejut apabila menerima surat guaman yang menuntutnya membayar tunggakan bil khidmat pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) lebih RM57 juta.
Mat Tahar Mat Yassim, 58, ketika ditemui Kosmo! berkata, surat bertarikh 11 Oktober itu diterima melalui serahan tangan ketika dia berada di rumahnya di Perkampungan Seri Mahkota Permai di sini pada seminggu lalu.
Berdasarkan surat tidak bertandatangan seperti diterima tersebut, syarikat guaman yang berpejabat di Kuala Lumpur itu menuntut Mat Tahar menjelaskan tunggakan IWK sehingga 24 September lalu berjumlah RM57.73 juta.
“Ia tidak masuk akal. Saya dan isteri cuma tinggal di rumah kos sederhana rendah, bukannya tinggal di bangunan sebesar istana sehingga dikenakan caj tunggakan sebanyak berpuluh juta,” ujarnya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











