Melayu hanya menang sorak - Utusan Malaysia

Melayu hanya menang sorak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG
SEJAK Pakatan Harapa (PH) membentuk kerajaan, petugas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat sibuk, kerana banyak ‘aktiviti’ siasat dan tangkap. Kakitangan mahkamah tentu sedikit kelam-kabut kerana terlalu banyak fail dakwaan yang hendak dibuka.

Kaedah penahanan cukup mudah. Tuduh, siasat, tahan reman dan bayar wang jaminan berjuta-juta ringgit.

Harta benda UMNO semuanya dirampas. Sebarang usaha untuk menuntut kembali, dinafikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sesiapa yang merasa dirinya benar-benar ‘menyesal’ tolak UMNO boleh kembali ke pangkal jalan kerana peluang masih terbuka.

UMNO tidak harus mati. Mati UMNO bererti kucar-kacirlah survival orang Melayu. Orang Melayu akan menjadi hamba di tanah air sendiri.

Apa yang berlaku seolah-olah rakyat terutama orang Melayu kini tidak ada lagi hak keistimewaan.

Nasihat saya, hidup padai- pandailah sendiri. Siapa cepat dia dapat. Siapa bijak dia kehadapan.

Jangan lupa kisah si- luncai dan pak pandir. Luncai terjun dengan labunya, biarkan. Pandir pula tergadai kampung kerana seekor ayam, kita sorak dan tepukkan. Sudah lama kita bersorak dan bertepuk, siapa yang untung?

CICIT WAN NGAH
Chenor, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini