FGV lantik Pengerusi sebagai CEO sementara - Utusan Malaysia

FGV lantik Pengerusi sebagai CEO sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. hari ini, mengumumkan pelantikan Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara sehingga CEO yang baharu dilantik.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, pelantikan pada asas sementara itu dipersetujui Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Jawatankuasa Lembaga Pengarah Khas 2 yang mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden/CEO Kumpulan sejak 18 September dengan ini dibubarkan, kata FGV.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut FGV, tugas semasa Azhar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FGV tidak berubah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini