KPDNHEP, Kementerian Kewangan bincang mekanisme subsidi petrol - Utusan Malaysia

KPDNHEP, Kementerian Kewangan bincang mekanisme subsidi petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan sedang dalam peringkat perbincangan mengenai mekanisme baharu subsidi petrol bersasar bersama pihak-pihak berkepentingan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkat,a perbincangan tersebut mengambil kira implikasi kewangan kepada kerajaan, selain memastikan sistem pemberian subsidi itu dapat dilaksanakan dengan cekap.

“Saya dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap dapat merangka satu mekanisme setelah meninjau aspek-aspek tersebut serta meneliti kumpulan yang benar-benar layak untuk mendapat subsidi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aspek yang diambil kira dalam menentukan kelayakan itu antaranya paras pendapatan atau jenis kenderaan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan di sini hari ini.

Selain menyasarkan golongan berpendapatan terendah (B40), katanya kementerian turut mengambil kira kesan pelaksanaan mekanisme baharu itu kelak kepada golongan pertengahan (M40). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini