Mahathir diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan - Utusan Malaysia

Mahathir diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melakukan lawatan ke Thailand, hari ini diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan di sini yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan pejabat menteri Kabinet beliau.

Ketibaan Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali disambut Prayut dan isteri, Naraporn.

Mahathir yang tiba di sini pada tengah hari kemudian memeriksa perbarisan hormat oleh anggota tentera Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjadi perdana menteri ketujuh setelah menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei.

Ketika menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, Mahathir melakukan lima lawatan rasmi ke Thailand. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini