Lambakan bahan positif kejayaan pendidikan dalam media sosial - Maszlee - Utusan Malaysia

Lambakan bahan positif kejayaan pendidikan dalam media sosial – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Media sosial perlu dilambakkan dengan bahan-bahan positif hasil karya amatur pelajar tempatan seperti video yang menyampaikan mesej nilai murni seperti kebertanggungjawaban, hormat menghormati dan kasih sayang.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, selama ini rakyat Malaysia sering memandang tinggi pencapaian dan karya dari negara luar sedangkan pelajar Malaysia sendiri sebenarnya mempunyai banyak pencapaian luar biasa yang perlu disebarluaskan serta ditular melalui media sosial.

“Sekolah boleh menyebarluaskan hasil video amatur pelajar ini mengikut kreativiti masing-masing, ada sekolah yang mempunyai saluran YouTube dan TV sendiri, tapi bagi saya, kita juga boleh gunakan kaedah perkongsian melalui WhatsApp dan Facebook, yang penting pastikan ia tular (di media sosial),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hal Ehwal Murid peringkat kebangsaan kali kelima 2018 di sini.

Simposium yang bermula sejak Isnin lalu bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan modal insan dan mencari langkah intervensi berkesan untuk menangani segala permasalahan berkaitan  pendidikan negara. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini