Naim Daniel terima Diploma Jurusan Muzik dari UiTM - Utusan Malaysia

Naim Daniel terima Diploma Jurusan Muzik dari UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menjadi antara artis yang berjaya menamatkan pengajian selepas menggenggam diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Naim, 21, menerima Diploma Jurusan Muzik sempena istiadat Konvokesyen UiTM ke-89 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM di sini semalam. 

Pelakon filem Bisik Pada Langit itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagramnya dengan mengucapkan syukur kerana berjaya menamatkan pengajian dengan baik. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah,” tulis pelantun lagu Sekali Lagi itu ringkas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini