Ratu Etnik Kreatif Noraniza Idris dan Fee Haiqal artis undangan Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Ratu Etnik Kreatif Noraniza Idris dan Fee Haiqal artis undangan Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Agak lama juga tidak bersua muka dengan Ratu Ethnik Kreatif, Noraniza Idris yang sebenarnya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang diusahakannya dengan gigih semata-mata mahukan irama Malaysia terus hidup dalam industri seni dan hiburan tanah air.

Malam ini, segmen bual santai yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online, Jom Chat mengundang Noraniza bersamanya, Fee Haiqal sebagai artis jemputan pada pukul 9 malam ini.

Walaupun berbeza genre, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Ani memperjuangakan irama ethnik kreatif, beliau tetap menyokong langkah anak lelakinya itu yan memilih genre R&B untuk bergelar penyanyi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di dalam tubuh anak bongsu daripada dua orang adik beradik, Fee Haiqal atau nama sebenarnya, Mohd. Alfeeq Haiqal mengalir darah seni yang sebahagiannya datang daripada Ani sendiri manakala sebahagian lagi adalah daripada ayah kandung Fee Haiqal, Mohd. Fauzi Mohd. Tajuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Fareez.

Kombinasi yang kuat ini menjadikan Fee Haiqal secara semula jadi, mampu untuk bergelar artis tanpa perlu dibayangi oleh populariti Ani mahupun Fareez.

Malam ini, kepada para peminat tegar Noraniza Idris dan peminat Fee Haiqal, jangan lupa untuk saksikan Jom Chat yang dihoskan oleh Apak dengan daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan anda boleh menonton Jom Chat yang berdurasi selama satu jam sahaja.

Anda hanya digalakkan menghantar soalan-soalan yang membina untuk dibacakan dan dijawab oleh kedua-dua artis jemputan malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini