Pengambilan pekerja asing melalui ejen dan syarikat dimansuhkan tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Pengambilan pekerja asing melalui ejen dan syarikat dimansuhkan tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sistem pengambilan pekerja asing melalui ejen atau syarikat tertentu akan dimansuhkan tidak lama lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Katanya, tugas tersebut yang kini menggunakan khidmat luar oleh kementeriannya kepada lebih 100 syarikat akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah Agensi Pekerjaan Swasta (APS). 

Menurutnya, APS mempunyai akta khas bagi memastikan pengambilan pekerja asing lebih terurus dan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhyiddin berkata, rundingan dengan syarikat terlibat telah diadakan dan kerajaan bersetuju untuk memberi masa kepada syarikat ini untuk menempatkan pekerja-pekerja yang ada di bawah tanggungan mereka kepada majikan-majikan yang terpilih.

“Tujuan kita mengambil tindakan ini bagi mengelak beberapa perkara yang tidak diingini seperti kes pemerdagangan manusia dan pelbagai lagi perkara yang dikaitkan dengan isu pekerja asing,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bersama Kementerian Sumber Manusia mengenai pengurusan pekerja asing di Parlimen di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini