Bila sampai masa UMNO Sabah akan buat keputusan - Masidi - Utusan Malaysia

Bila sampai masa UMNO Sabah akan buat keputusan – Masidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 24 Okt. – Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah bersedia mengambil tindakan drastik termasuk keluar parti jika kuasa autonomi yang dituntut daripada UMNO Pusat tidak diberikan.

MASIDI MANJUN
MASIDI MANJUN 

Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu bagi menuruti hasrat rakyat Sabah yang mahu supaya parti-parti pembangkang negeri yang kini bernaung di bawah Gabungan Bersatu Sabah (GBS) tidak terikat dengan parti dari Semenanjung.

“Presiden UMNO telah umumkan untuk memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah dan pada pendapat kami, jika kuasa autonomi itu diberikan, kita bebas untuk membuat keputusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun sekiranya timbul konflik antara UMNO Pusat dengan negeri yang melibatkan sebarang keputusan yang dibuat atas dasar persetujuan bersama dalam GBS, kalau perlu kita menyeberangi jambatan, kita akan menyeberangi jambatan itu,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman penubuhan GBS di sini hari ini.

Terdahulu Pengerusi sementara GBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan GBS ditubuhkan secara rasmi yang diwakili semua parti pembangkang negeri iaitu UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini